Monday, December 5, 2011

Donut Kentang

Sumber Asli: Fatimah Bahalwan, Ncc-Indonesia. Tq!
Diambil dari: Jurnal Resepi Bdaria. Tq!
  • 500 gram tepung protein tinggi/tepung roti
  • 50 gram susu tepung
  • 11 gram ragi segera @ mauripan
  • 200 gram kentang yang telah dikukus, lenyek dan sejukkan
  • 100 gram gula pasir (saya guna gula halus)
  • 75 gram mentega
  • 1/2 tsp garam
  • 4 biji kuning telur (saya guna 2 biji telur)
  • 100 ml air sejuk (oleh kerana saya guna putih telur, air 80ml shj)

Dalam bekas, campurkan tepung, gula, susu tepung, ragi segera dan kemudian gaul rata.
Masukkan kentang yang telah dilenyek dan disejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan telur dan air sejuk, uli sehingga sebati.
Masukkan mentega dan garam, uli lagi sehingga elastik.
Rehatkan selama 15 minit.
Timbang doh seberat 50gram dan kemudian bulat-bulatkan.
Rehatkan lagi selama 20 minit sehingga kembang. 
Lubangkan ditengahnya menjadi bentuk donat.
Goreng dengan minyak yang penuh dengan kepanasan yang sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Taburkan gula yang telah dimesin halus atau disaluti dengan coklat. Ikut suka anda.

Tips untuk menghasilkan yang cantik dari Fatimah Bahalwan
  1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yang tertinggal satupun walaupun garam.
  2. Ragi tidak boleh dicampurkan dengan garam atau mentega. nanti ragi mati dan adunan tidak mengembang. Garam dan mentega dimasukkan kemudian setelah adunan sudah menjadi doh.
  3. lenyek kentang sehingga benar-benar halus. Jika perlu boleh diblender supaya adunan licin dan tidak berbiji-biji.
  4. Setelah kentang dilenyek ia harus di sejukkan terlebih dahulu. Jika tidak disejukkan boleh menyebabkan ragi tidak mengembang.
  5. Uli adunan sehingga elastik sehingga apabila dibulatkan, permukaannya halus dan licin. Bulatan yang halus dan licin akan membuatkan donat cantik apabila digoreng. 
  6. Rehatkan adunan selama 20 minit (bergantung pada cuaca ditempat anda), tutup dengan plastik/kain bersih supaya permukaannya tidak kering.
  7. Buat lubang ditengahnya kemudian digoreng dengan minyak yang sederhana panas (jangan terlalu panas supaya bahagian dalamnya masak sempurna)
  8. Dengan mengunakan chopstik, buat gerakan membulat pada lubang donat ketika donat mula digoreng supaya bentuk donat bulat cantik.
  9. Bila bahagian bawah donat sudah kekuningan, terus balikkan. Angkat dan toskan.
Tips untuk hasil donat terbaik (dari majalah Sedap Bil 1)
  1. Ketika menggoreng donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak. Cukuplah sekadar dibalikkan sekali sahaja.
  2. Setelah sejuk, donat seeloknya disimpan ditempat kedap udara atau dimasukkan kedalam beg plastik supaya kulit donat tidak kering.
  3. Tekan adunan sehingga benar-benar hilang udaranya supaya donat tidak menggelembung ketika digoreng (Ini pada step no 3, resepi diatas. Sebelum adunan ditimbang 50 gram)
  4. Penapaian (tempoh rehat) terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih penting adalah donat yang terlebih penapaian (tempoh rehat) akan berkedut dan donat yang kurang masa penapaian (tempoh rehat) tidak akan mengembang dengan sempurna. (ini pada step no 3 resepi atas iaitu rehatkan doh selama 20 minit).
  5. Pastikan bahawa donat yang pertama digoreng adalah donat yang pertama kali dibentuk.
  6. Menggoreng donat lebih baik menggunakan minyak goreng yang penuh. Tujuannya adalah supaya donat tidak menyerap banyak minyak.